KPD 3016 PENGAJIAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN I

NAMA PELAJAR: Amy Maszlynna bt Dollah PPG/32077/12. Mastinah bt Munis PPG/32348/12. Nazariah bt Azahari PPG/32378/12. Niceley chan ak christy ain PPG/32383/12 Rozaliza bt Bujang PPG/32476/12. Siti Norkasmawaty bt Raduan PPG/32526/12.

Tuesday, 15 May 2012

Pengenalan



Kebanyakan guru di sekolah, mereka menyediakan latihan Matematik kepada murid, semata-mata hanya untuk memastikan adakah murid-murid telah menguasai kemahiran tertentu sahaja. Setelah menyemak latihan murid, guru akan mencatatkan markah mereka dan kembalikan kepada murid-murid. Jarang terdapat seorang guru yang akan mengkaji dan menganalisis mengapa murid membuat kesilapan dalam soalan-soalan tertentu.

Tugasan kali ini memerlukan kami menyediakan sebuah rancangan pengajaran dan mempersembahkannya di atas blog. Memandangkan murid-murid kami mempunyai persamaan dimana mereka lemah dalam pendaraban, kami telah membuat keputusan supaya membuat kajian ke atas murid-murid. Terlebih dahulu kami telah menggubal soalan Matematik Tahun Empat dalam tajuk pendaraban. Semua soalan adalah berbentuk algoritma. Setelah soalan digubal, kertas latihan ini diberikan kepada murid-murid Tahun Empat di sekolah. Langkah yang seterusnya ialah mencari kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam latihan mereka. Seterusnya menganalisiskan jenis kesilapan yang dihadapi, penyelesaian masalah, dan menyediakan suatu rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran ini.

Latihan ini diberikan kepada murid-murid dalam kelas tahun 4, seramai 30 orang murid telah membuat latihan ini. Setelah disemak, 10 sampel latihan murid telah dipilih untuk membuat analisis kesilapan mereka. Banyak kesilapan yang hampir sama di antara murid-murid kelas 4. Antara kesilapan yang sering dan kerap dijumpai ialah nilai tempat tersilap dan kecuaian berlaku semasa mereka menambahkan hasil pendaraban pada langkah yang terakhir dan tersilap menyalin nombor dari ayat matematik yang diberi. Kesilapan yang lain seperti tidak mengetahui pengumpulan semula, salah dalam konsep pendaraban, tidak dapat menghabiskan prosedur pendaraban, tidak memahami proses pendaraban, kurang mahir dalam sifir, dan kes-kes yang jarang dijumpai dan pelik dinamakan kes ganjil. 

Kesilapan-kesilapan ini mungkin kecil tetapi jikalau ia tidak dibetulkan secepat mungkin, ia akan menjejaskan dan mematahkan minat belajar Matematik murid kemudian hari. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru Matematik untuk memahami kesilapan dan kekurangan murid semasa menjawab soalan Matematik, seterusnya mencari cara penyelesaian yang afektif untuk membantu murid.

No comments:

Post a Comment