KPD 3016 PENGAJIAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN I

NAMA PELAJAR: Amy Maszlynna bt Dollah PPG/32077/12. Mastinah bt Munis PPG/32348/12. Nazariah bt Azahari PPG/32378/12. Niceley chan ak christy ain PPG/32383/12 Rozaliza bt Bujang PPG/32476/12. Siti Norkasmawaty bt Raduan PPG/32526/12.

Rumusan

           Dalam proses menghasilkan tugasan ini, kami telah mempelajari banyak, bukan sahaja mempelajari bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog, malah kami juga mengetahui kesilapan Algoritma pendaraban yang sering kali berlaku pada murid-murid. Di samping dapat mengetahui cara-cara untuk mengatasinya. Terdapat kesilapan-kesilapan murid yang tidak pernah ditemui dan jarang dibincangkan oleh guru Matematik, ini mengingatkan kami bahawa jangan terus memarahi atau menyalahkan murid semasa mereka membuat kesilapan dalam penyelesaikan soalan matematik, sebagai seorang guru matematik yang bertanggungjawab, kita seharusnya menganalisis dan mengkaji apakah kesilapan yang dilakukan oleh murid, kemudian mencari cara penyelesaian yang berkesan untuk membantu mereka.
           Sebelum kami membuat blog ini, kami telah mencari seorang kawan yang berpengalaman dalam menghasilkan blog, setelah dibimbing olehnya, kami sambil membuat sambil mempelajari, akhirnya kami membuahkan blog ini. Sebelum membuat blog ini, kami telah berbincang lama untuk memilih subjek dan topik yang ingin digunakan dalam blog. Akhirnya kami memilih mata pelajaran Matematik Tahun 4, tajuk Pendaraban, sebagai isi kandungan blog. Semasa mencari maklumat tentang cara-cara mengatasi masalah kesilapan dalam Algoritma pendaraban, kami telah memperoleh banyak kemahiran baru yang belum kami jelajahi dan aplikasi. Jika semua guru Matematik dapat menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh murid dan mencari cara penyelesaikan yang berhubungkait dengan kesilapan murid, maka keputusan mereka juga akan bertambah baik.
Selain itu, para guru atau pengajar juga perlu memberi perhatian sewajarnya kepada aktiviti pemulihan yang dicadangkan supaya murid-murid dapat memperbaiki kesilapan lazim dalam tajuk Algoritma pendaraban. Semoga cara-cara mengatasi kesilapan Algoritma pendaraban yang kami cadangkan dapat dipakaiguna, di samping juga dapat menarik minat murid terhadap topik ini.