1 Menerangkan konsep pendaraban
Adalah penting untuk murid mengetahui konsep pendarapan. Terlebih dahulu, boleh menggunakan nombor yang kecil sebagai contoh semasa penjelasan. Contohnya: 3 X 5 membawa maksud 3 kumpulan, dimana dalam setiap kumpulan mempunyai 5 ahli dalamnya.
Pendaraban juga merupakan proses penambahan berulang, contohnya 3 X 5 = 5 + 5 + 5. Setelah faham konsep bagi pendaraban, murid tidak akan membuat kesilapan ke atas masalah salah konsep.
2 Menekankan nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu
Penekanan nilai-nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu adalah penting kepada murid-murid yang sering kali membuat kesilapan dalam nilai tempat semasa proses pendaraban. Carta nilai tempat adalah bahan mengajar Matematik yang penting, ia dapat menggambarkan nilai-nilai tempat dengan tepat dan jelas sekali. Contohnya: 345 X 4
Dengan adanya carta nilai tempat semasa membuat pendaraban, murid akan lebih mengetahui nilai tempat masing-masing. Di samping, nombor-nombor yang dikumpul semula juga akan jelas dipamerkan dalam carta ini.
Ataupun dengan contoh berikut, murid juga dapat jelas melihat apa yang dimaksudkan dengan nilai tempat dalam pendaraban. Contohnya:
3 Menggunakan teknik “drawing table”
Murid-murid boleh menggunakan teknik “drawing table” untuk mencari jawapan bagi pendaraban. Contohnya:
Menyelesaikan pendaraban dalam rumah ratus dahulu, langkah pertama ialah darab “multiplier” 400 dengan “multiplicand” 30, kemudian darab “multiplier” 400 dengan “multiplicand” 7. Kemudian menyelesaikan pendaraban dalam rumah puluh, darab “multiplier” 20 dengan “multiplicand” 30, kemudian darab “multiplier” 30 dengan “multiplicand” 7. Akhir sekali menyelesaikan pendaraban dalam rumah sa, darab “multiplier” 5 dengan “multiplicand” 30, kemudian darab “multiplier” 5 dengan “multiplicand” 7. Langkah yang terakhir ialah menambahkan hasil yang diterima dari ketiga-tiga rumah itu, iaitu 14800 + 740 + 185 = 15725.
4 Melafazkan sifir
Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir darab. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan kelas bagi mengingat kembali sifir itu. Bagi murid yang lembab dalam pendaraban, bolehlah menyediakan “Times-tables” sendiri untuk sebagai rujukan. Semasa murid menyediakan “Times-tables” ini, mereka boleh menggunakan teknik penambahan berulang, contohnya dalam “Time-table” 2, 2 X 2 bermaksud 2 ditambah 2 kali, 2 X 3 bermaksud 2 ditambah 3 kali, dan seterusnya. Ini akan membantu murid memahami bahawa pendaraban merupakan penambahan berulang. Untuk menyediakan “Times-tables” sendiri, murid perlu menyediakan jadual yang berpetak 100, dimana menegak 10 petak, mengufuk juga 10 petak. Setelah biasa dengan kemahiran ini, murid akan secara automatik mengimaginasikan “Times-tables” ini dalam minda mereka.
Murid dapat menyelesaikan soalan pendaraban hanya dengan merujuk “Times-tables” yang disediakannya. Contohnya 6 X 9, murid boleh terus mencari jawapan dalam “Times-tables”, jawapannya ialah 54.
5 Menggunakan Teknik Ziefir
Teknik Ziefir ini diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir seterusnya membantu mereka menyelesaikan masalah pendaraban. Di dalam penggunaaan Teknik Ziefir murid-murid diberikan penekanan kaedah penggunaan garisan-garisan dalam mencari hasil darab bagi 2 nombor. Seterusnya menggunakan satu teknik baru dalam menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor yang lebih besar.
1. Menggunakan garisan melintang dan menegak untuk mendapat hasil darab dua nombor.
Contoh: 7 x 5 = ______
- Nombor 7 diwakili oleh garisan melintang.
- Nombor 5 diwakili oleh garisan menegak.
- Kira jumlah persilangan antara garisan melintang dan menegak untuk mendapatkan jawapan.
2. Menggunakan Teknik Ziefir bagi mendapatkan hasil darab dua nombor yang lebih besar.
Contoh: 456 x 43
6 Menganggar hasil darab
Kemahiran membundar boleh digunakan untuk menganggar hasil darab. Setelah menguasai kemahiran membundar atau menganggar, maka ia sangat berguna setelah murid menyelasaian proses pendaraban mereka. Contohnya: 742 x 38; “Multiplier” 742 dibundarkan kepada ratus yang terdekat menjadi 700. Manakala “multiplicand” 38 dibundarkan kepada puluh yang terdekat menjadi 40. Anggarannya boleh menjadi 700 x 40 = 28 000 (Jawapan sebenar: 28 196). Oleh itu, jawapan sebenar yang diterima nanti akan hampir dengan jawapan yang dianggar. Kemahiran menganggar hasil darab boleh digunakan untuk menyemak kemunasabahan jawapan.
7 Perbanyakkan Latih tubi
Guru seharusnya memberi latih tubi kepada murid-murid berdasarkan kesilapan mereka yang dikenapasti. Pada awalnya latih tubi yang diberikan adalah untuk membetulkan cara penyiraan ataupun konsep yang disalahgunakan. Kemudian memberi latihan tubi yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid untuk mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari dalam kelas. Guru turut perlu memastikan bahawa latih tubi yang diberikan adalah berunsur ansur maju, contohnya, pada permulaan memberi latihan pendaraban di antara nombor 1 digit dengan 1 digit, kemudian nombor 2 digit dengan 1 digit, seterusnya nombor 3 digit dengan 1 digit dan 2 digit, dan sebagainya. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan penguasan murid terhadap cara penyiraan pendaraban khasnya dalam Algoritma pendaraban secara menyeluruh.
8 Memupuk sikap cermat
Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang memerlukan sepenuh perhatian dan sikap cermat, ini kerana ia melibatkan banyak nombor dan banyak langkah penyelesaian. Jika satu langkah atau nombor yang tersilap, maka jawapan yang dihasilkan adalah salah. Kecuaian berlaku disebabkan murid-murid tidak memupuk sikap cermat, keadaan ini sering berlaku, baik pada murid yang cerdik mahu pun yang lemah . Ia terjadi kerana murid terlalu gopoh untuk menghabiskan soalan hingga melakukan kecuaian ketika memberi jawapan. Ada juga yang terlalu yakin dengan jawapan yang mereka beri hingga tidak menyemak jawapan setelah menghabiskan semua soalan yang dibagi oleh guru. Sesetengah murid ditanya mengapa berlaku kesilapan, mereka menyatakan bahawa, mereka berlumba-lumba hendak menghabiskan soalan secepat mungkin.