Mata pelajaran | : Matematik |
Kelas | : Tahun 4 |
Bilangan Murid | : 30 orang |
Masa | : 8:00 pagi – 9:00 (1 jam) |
Bidang pembelajaran | : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000 |
Objektif Pembelajaran | : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : 1. Menganggar hasil darab. 2. Mendarab sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih daripada 100 000. |
Hasil pembelajaran | : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat: 1. Menganggar lima hasil darab. 2. Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih daripada 100 000. |
Pengalaman sebelum ini | : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai penambahan berulang. |
Bahan bantu mengajar | : Laptop, projektor, Power Point, Carta nilai tempat, “Drawing Table”, “Lattice Way of Multiplication”, kertas putih, sampul surat, kad flash, dan hadiah. |
Aktiviti Pengajaran:
LANGKAH | FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN | CATATAN/STRATEGI | |
Set induksi ( 5 minit ) | 1. Murid memerhatikan guru menayangkan soalan IQ yang mencabar melalui Power Point. 2. Murid mendengar penerangan daripada guru, sesiapa yang dapat menyelesaiakan masalah tersebut akan menerima sebuah hadiah yang misteri daripada guru. 4. Murid dan guru membincang jawapan. | Strategi berpusatkan Murid. | |
Langkah 1 ( 10 minit ) | 1. Guru memberitahu murid bahawa kesilapan Algoritma pendaraban yang sering berlaku adalah kesilapan nilai-nilai tempat. 2. Guru mengajar murid tentang pendaraban antara nombor 3-digit dengan nombor 1-digit dengan menggunakan carta nilai tempat melalui persembahan Power Point. 3. Guru memberi contoh kedua, pendaraban antara nombor 4-digit dengan nombor 2-digit. 4. Guru menerangkan kepada murid bahawa semasa membuat proses pendaraban dalam bentuk Algoritma, haruslah darabkan “multiplier” 3345 dengan “multiplicand” sa “3” dahulu, barulah darab “multiplier” 3345 dengan “multiplicand” puluh “2”. Akhir sekali menambahkan hasil daripada kedua-dua hasil darab itu. 5. Guru menayangkan sebuah klip video yang menarik yang menunjukkan tiga nombor darab dengan tiga nombor, di mana ia adalah teknik yang pantas dan cekap. | Strategi berpusatkan Guru. | |
Langkah 2 ( 10 minit ) | 1. Murid mendengar guru memberitahu mereka bahawa selain daripada menggunakan teknik “drawing table” untuk menyelesaikan soalan Algoritma pendaraban ini. 2. 3 3 4 5 X 2 3 = Guru memberitahu bahawa 3345= 3000 + 300 + 40 + 5, 23 = 20 + 3 3. Dua orang murid dipanggil naik ke depan untuk membuat sebuah soalan yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.4. Murid dan guru membincang jawapan bersama-sama. | Strategi berpusatkan Guru. BBM : Power Point: Teknik “drawing table” | |
Langkah 3 ( 10 minit ) | 1. Seterusnya, guru memperkenalkan satu lagi Algoritma yang dapat membantu murid dalam pendaraban, iaitu “Lattice Way of Multiplication”. 2. Guru memberitahu murid selepas mendarab semua nombor di atas, langkah yang seterusnya ialah menambahkan semua nombor pada petak-petak yang serong mengikut anak panah yang berwarna merah itu. 3. Guru meminta murid untuk memilih sendiri Algoritma yang mana satu lebih sesuai dan memudahkan mereka untuk mencari jawapan semasa membuat Algoritma pendaraban. 4. Guru memberi satu soalan yang melibatkan pendaraban antara nombor 4-digit dengan nombor 2-digit. 4527 X 35 = , kemudian meminta murid untuk menggunakan ketiga-tiga Algoritma pendaraban yang diajar tadi untuk mencarikan jawapan tersebut. 5. Setelah murid menyelesaikan soalan itu, guru menanya mereka Algoritma yang mana satu lebih mudah dipakaiguna, yang mana lebih susah untuk digunakan. Murid bolehlah menggunakan mana-mana satu yang difikirkan mudah dipakaiguna. | Strategi berpusatkan Guru. | |
Langkah 4 ( 20 minit ) | 1. Murid-murid duduk dalam kumpulan kecil yang seramai 3 orang. 2. Guru memberi sekeping kertas putih kepada setiap orang murid, 3 keping kad yang ditulis “Carta Nilai Tempat”, “Drawing Table” dan “Lattice Way of Multiplication”, 5 soalan pendaraban yang dimasukkan dalam sampul surat. 3. Apabila guru memberi arahan “mula”, ketiga-tiga murid dalam kumpulan masing-masing mencabut sekeping kad, sesiapa yang tercabut jenis Algoritma yang tertentu, malah dia akan menggunakan Algoritma itu untuk menyelesaikan kelima-lima soalan pendaraban yang terdapat dalam sampul surat. 4. Masa yang dikenakan ialah 10 minit, apabila masa tamat, murid-murid akan menukar kertas jawapan mereka sesama sendiri untuk disemak. 5. Murid yang dapat menyelesaikan kesemua soalan itu akan mendapat hadiah yang istimewa dari guru sebagai ganjaran. | Strategi berpusatkan Murid. BBM : Kertas putih, sampul surat, kad flash, dan hadiah | |
Penutup ( 5 minit ) | 1. Murid meneliti guru menayangkan klip video tentang teknik-teknik pengajaran pendaraban matematik yang menarik. 2. Guru mengulang balik hasil pembelajaran yang telah dipelajari oleh murid-murid pada kelas ini. | Strategi berpusatkan Guru. |